Wednesday, December 9, 2009

baju berlabuci pink

Salam semua... sorry lama tak update blog ni. Bukannya tak menjahit manik2 ni, tp sesetengah baju tu tak sempat nak ambil gambar pun tuannya dah ambil baju tu. Ini adalah antara baju2 sempat diambil gambar... simple2 aje. Buat mengasah skill sulaman manik....








Monday, September 7, 2009

manik tabur

Manik tabur dan kristal pada tangan baju kurung. Tuan baju ni nak cepat bajunya. Tak sempat nak fikir design...so tabur ajelah manik2nya... Manik hanya pada tangan baju.


Thursday, August 20, 2009

Baju untuk ibu pengantin

Sulaman manik yang ringkas pada baju ibu pengantin. Disebabkan baju ini dah bercorak shining2 so jahitan maniknya cuba dijahit seringkas yang mungkin...untuk tidak menyaratkan lagi baju ini. Manik dan labuci dijahit pada tangan dan bawah baju.






Wednesday, July 29, 2009

Manik bunga teratai

Manik bunga teratai ni dijahit pada baju kurung. Sorry ye...gambarnya kurang memuaskan. Baju ni ditempah dari seorang teman dari Ipoh. Alhamdulillah...dia berpuas hati dengan design ni. So sekarang tengah tunggu next baju dari dia....








Saturday, June 6, 2009

Tudung pengantin

Ini adalah anak tudung yang akan dipakai oleh pengantin baru. Disebabkan selendang yang akan dipakai sudah dipenuhi dengan manik dan labuci, makanya anak tudung ini cuba dijahit dengan seringkas yang mungkin.











Monday, May 18, 2009

highlight bunga dan manik reranting

Manik ini dijahit pada baju blouse. Highlight bunga pada badan ...








Dan dibawah baju ada dijahit manik juga...



Thursday, May 14, 2009

manik highlight

Manik2 digunakan untuk menyerikan lagi sulaman pada baju kebaya ini. Kilauan manik telah dapat membangkitkan corak2 pada baju ini.





Tuesday, May 12, 2009

Manik simpulan kasih

Manik simpulan kasih digabungkan dengan manik manjalara. Baju untuk convocation Nora diUTM....






Sunday, May 10, 2009

Manik Manjalara pada kebaya coklat

Manik manjalara ini dijahit pada bahagian hadapan baju kebaya. Simple tapi dapat menaikkan seri baju tersebut.






Friday, May 8, 2009

Labuci tabur

Kali ini bukaan pada leher blouse dijahit dengan taburan labuci. Blouse ini bukaan lehernya luas dan dipakai dengan inner didalamnya.




manik V-shape pada baju Puteri Islam

Manik untuk Ultramama. Manik ini gabungan warna putih dan pink. Warna baju untuk persatuan Puteri Islam.





Manik tabur

Manik tabur dan highlight bunga pada badan. Baju ni kepunyaan seorang guru. Dia tak mahu sarat sangat maniknya takut anak2 murid tak boleh concentrate nak belajar.....









Tuesday, April 28, 2009

Baju untuk attend convocation. Peneman aje....




Gelap pula gambar keseluruhan baju ni....tapi hanya ini saja gambar yang ada...so tempek aje lah!

Baju kurung cik liza

Baju kurung untuk cik liza....











Wednesday, April 22, 2009

Manik jelujur

Jahitan manik yang simple. Mak kawan yang tempah. Manik dijahit pada leher, hujung tangan dan highlight bunga pada badan.....







Tuesday, April 21, 2009

Manik Reranting

Manik design Reranting ini dijahit untuk graduan UTM yang akan digunakan semasa hari convocationnya. Dia hanya nak design yg simple sebab maniknya tak akan nampak ditutupi oleh jubahnya nanti...








manik V-shape pada baju hijau

Manik V-shape hanya pada lengan baju.







SELAMAT DATANG KE BUTIKMANIKCIKTIE

Selamat datang kepada semua peminat seni sulaman manik dan labuci. Diharap anda berpuas hati dengan paparan yang di sediakan.